Putrajaya, 12 November 2021 – Kluster Kerjaya, i-LEAD, KBS telah melaksanakan Seminar Penyerlahan Potensi Anak Muda, Mahasiswa Kolej Universiti Bestari (UCB), secara bersemuka bertempat di Dewan Teater UCB. Program ini diadakan pada 11 November 2021 bermula jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang.

Peserta mula mendaftarkan diri bermula jam 7.30 pagi lagi. Penyelaras program, En Ahmad Khairuddin bin Mohammed memberikan taklimat berkaitan program pada jam 8.30 pagi. Slot pertama bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Panel pada slot ini ialah Dr. Tengku Khairi bin Tengku A Rahman, yang memberikan tajuk “Ayuh! Manipulasikan diri anda untuk mencipta kerjaya”. Slot kedua pula bertajuk “Anda Hebat? Anda Bergaya? Anda pilihan utama”. Slot ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang. Panel yang ditampilkan untuk menyampaikan tajuk ini ialah En. Ahmad Termizi bin Abd Aziz. Majlis penutup program ini disempurnakan oleh En. Mohd Khailani bin Ismail, Pengarah Kluster Kerjaya.

Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i berkaitan peluang dan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya setelah hampir 2 tahun kita bergelumang dengan pandemik Covid 19. Panel-panel memberikan input-input kepada mahasiswa agar mahasiswa lebih berani dan bersedia untuk menempuh alam pekerjaan selepas ini. Selain itu panel-panel berkongsi pengalaman kepada peserta tips untuk menghadiri temuduga samaada temuduga dalam sektor awam atau sektor swasta.

Secara keseluruhannya program sebegini sangat sesuai diadakan kepada belia seperti mahasiswa terutamanya di tahun akhir pengajian kerana mereka akan menempuh alam pekerjaan selepas tamat pengajian. Peserta juga memberikan maklumbalas yang baik semasa program ini berlangsung.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan