PERAK, 01 November 2021 – Pada 01 hingga 03 November 2021 telah berlangsung Bengkel Pengurusan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Kem Wawasan Negara Ulu Kenas di Coral Bay Resort, Pangkor, Perak.

Bengkel ini disertai oleh 33 orang peserta dari Kem Wawasan Negara Ulu Kenas. Terdapat beberapa pengisian slot bengkel iaitu Ice-Breaking, Penyelesaian Masalah dan Penambahbaikan Program MFLS Online 2021 yang telah dilaksanakan serta Komunikasi berkaitan perbincangan perancangan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) kakitangan kem. Slot ini dilaksanakan oleh panel jemputan iaitu Encik Mohd Faez bin Mohd Abu Bakar.

Objektif bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan tentang kepentingan budaya kerja program MFLS. Selain itu, bengkel ini memberi nilai tambah dalam merancang, membangun, menilai dan menentukan pematuhan standard kerja MFLS. Seterusnya, merancang hala tuju dan pemantauan bidang pentadbiran, latihan, pengurusan fail dan rekod serta kewangan agar sejajar dengan perkembangan semasa. Bengkel ini juga memberi peluang bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di kem melalui sesi percambahan minda seterusnya memahami erti profesionalisme yang seiring dengan kehendak pengurusan tertinggi i-LEAD.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Kem Wawasan Negara Ulu Kenas, Encik Mohd Termizi Bin Mat Bunor @ Mohamed Nadzri manakala majlis perasmian penutup dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Nizam bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kecemerlangan.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan