PUTRAJAYA, 23 Oktober 2021 – Kluster Modal Insan dengan Kerjasama Persatuan Belia Gerakwanis Sik, Persatuan Wanita Muda Parlimen Padang Terap dan Kelab Kebajikan Wanita Langkawi telah mengadakan program WoW4U@i-LEAD. Program ini telah dijalankan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting.

Seramai 94 orang peserta telah menghadiri Program Wow4U@i-LEAD tersebut. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan tentang idea, pengalaman dan peranan Pengamal Kerja Belia dalam kalangan wanita selain bertujuan meningkatkan pengetahuan dalam elemen komunikasi, kepimpinan dan jati diri golongan wanita muda. Ianya juga dilaksanakan untuk membina hubungan dalam membentuk jaringan komuniti pengamal kerja belia dalam kalangan wanita muda.

Antara panel jemputan dalam program ini adalah Yb. Dato’ Norsabrina Mohd Noor, Datin Anne Ngasri (Fouder AN Universal), dan Hafiz Mustapha (Founder Cute Carry). Panel bagi Bicara Tokoh iaitu Yb. Dato’ Norsabrina merupakan antara perencana kepada program-program yang melibatkan Wanita Muda di Kedah. Program WoW4u@iLEAD ini telah dirasmikan oleh Yb. Dato’ Suraya Yaacob, Presiden Persatuan Bola Jaring Negeri Kedah.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan