PUTRAJAYA, 23 Oktober 2021 - Program Seminar Penyerlahan Potensi Anak Muda, Politeknik Merlimau Melaka telah diadakan dengan jayanya secara webinar. Program Seminar Kerjaya ini diadakan selama 1 hari dengan kerjasama Politeknik Merlimau Melaka (PMM).

Program ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Khailani bin Ismail Pengarah Kluster Kerjaya, i-LEAD dan dihadiri Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Merlimau Melaka En. Zan Aizuwan bin Zainal Abidin. Program diadakan secara atas talian dengan mensasarkan penyertaan graduan B40 dan kebolehpasaran rendah dengan menekankan elemen berkaitan memberi kesedaran dan pendedahan tentang peluang-peluang baru dan terkni dalam bidang Penjanaan Ekonomi serta mentransformasikan diri kepada peluang pekerjaan dan penciptaan pekerjaan.

Antara fokus kursus ini adalah memperlengkapkan graduan yang dilatih dengan kemahiran insaniah sebagai nilai tambah bagi bakal graduan untuk menentukan pembangunan dan perkembangan kerjaya masa hadapan. Para peserta bukan sahaja boleh menempatkan diri dalam kerjaya semasa bahkan mereka boleh bersikap dinamik dan pragmatik dalam menterjemahkan kemahiran yang dipelajari dalam konteks dan sasaran yang lebih luas.

Antara pengisian program seminar kerjaya penyerlahan potensi anak muda telah diterapkan kepada bakal graduan terdiri daripada tiga slot seperti mindset, job creator/success story, digital ekonomi yang memfokuskan kepada kesedaran bagi mengurangkan kebergantungan graduan kepada pengembangan kerjaya pada masa akan datang.

Seramai 91 orang mahasiswa telah berjaya menyertai program ini dengan jayanya dan para peserta berharap agar program ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh kepada para peserta yang lain selaras dengan misi Kluster Kerjaya iaitu meningkatkan kebolehpasaran belia melalui latihan kemahiran insaniah dalam bidang komunikasi, penjanaan ekonomi dan profesionalisme kerjaya.

Dengan pelaksananaan seminar ini diharapkan dapat mencetuskan dan titik permulaan kepada bakal graduan mengenali dan menyerlahkan potensi diri dalam merancang kerjaya.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan