PAHANG, 26 Oktober – Program Bicara Kepimpinan Patriotik Mahasiswa telah diadakan secara atas talian anjuran Kluster Kepimpinan, i-LEAD. Program ini disertai oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh Malaysia dan telah berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang. Program ini terbahagi kepada 2 slot iaitu slot “Kepimpinan Prihatin” disampaikan oleh Moderator Encik Izmir Izuan Bin Zainuddin beserta panel jemputan, YBhg. Prof Datuk Dr. Mizan Hitam dan YBhg. Prof. Madya Dr. Khalif Muammar A Harris.

Seterusnya, slot kedua diteruskan dengan tajuk “Demi Malaysia” bersama-sama panel khas iaitu Encik Khairuddin Bin Mohamed Azahari dan YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail manakala moderator adalah Cik Asnah Binti Kamis.

Objektif program Bicara Kepimpinan Patriotik (BKP) Mahasiswa ialah meningkatkan konsep kepimpinan dan kefahaman maksud kepimpinan prihatin serta meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai kenegaraan. Penyertaan peserta dalam program ini amat memberansangkan kerana mahasiswa aktif bertanyakan soalan kepada panel-panel yang terlibat di ruangan chatbox yang disediakan.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Nizam Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kecemerlangan i-Lead manakala YBrs. Encik Ahmad Shukri Bin Adnan Ketua Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan telah memberikan amanat sewaktu majlis perasmian penutup. Seramai 511 orang mahasiswa berjaya mendaftar dan menghadiri program ini hasil daripada borang pendaftaran dan penilaian yang diisi melalui google form.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan