NEGERI SEMBILAN, 6- 8 Oktober 2021 - Mesyuarat Pemurnian Pelan Strategik i-LEAD 2021-2025 telah diadakan pada 6 hingga 8 Ogos 2021 yang lalu. Ia adalah platform terbaik dalam penetapan keseluruhan kerangka Pelan Strategik i-LEAD 2021-2025 yang menjurus kepada penghasilan KPI Ketua Pengarah i-LEAD sehingga 2025.

Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi i-LEAD, pegawai-pegawai kanan bahagian dan kluster serta wakil dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan (BDS, KBS) bagi memastikan hala tuju dan penetapan Pelan Strategik i-LEAD 2021-2025 berada pada landasan yang tepat dan selari dengan visi serta misi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Sesi mesyuarat intensif selama tiga (3) hari telah dilaksanakan mengikut blok tertentu berdasarkan kepada dua (2) objektif utama pelaksanaan mesyuarat yang telah ditetapkan iaitu Penentuan hala tuju utama i-LEAD – visi, misi dan moto i-LEAD, dan Pengesahan draf Pelan Strategik i-LEAD 2021-2025.

Sesi mesyuarat ini bersifat interaktif dan dua hala di mana setiap bahagian/kluster telah memberikan pandangan dan pengesahan mengenai perancangan masing-masing bagi memastikan tiada pertindihan dan kualiti perancangan yang terbaik dapat dihasilkan.

i-LEAD telah menetapkan KPI utama bagi setiap bahagian/kluster untuk lima (5) tahun di samping penentuan program-program ikonik i-LEAD berdasarkan kepada Teras Strategik.
Ini memastikan bahawa perancangan i-LEAD untuk lima (5) tahun adalah yang terbaik, tiada pertindihan peranan dan fungsi, berimpak tinggi dan memenuhi ekspektasi para pemegang taruh dan pelanggan selari dengan visi serta misi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan