JOHOR, 30 September – 1 Oktober 2021 – Malaysia Young Leaders Programme (MyLEAP) Siri 8 telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian (online) hasil kerjasama pihak i-LEAD dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) melalui platform Zoom i-LEAD. Program ini merupakan anjuran Kluster Kepimpinan dengan menyasarkan 60 orang peserta dikalangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada UTHM. Program MyLEAP siri 8 telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Ts Dr. Azman bin Hassan selaku Timbalan Dekan (HEPA) UTHM manakala Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YBrs. En. Ahmad Syukri bin Adnan, Ketua Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan.

Program ini berlangsung selama dua hari (30 September – 1 Oktober 2021) bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Para peserta dapat memberikan komitmen yang baik dan menunjukkan minat yang tinggi sepanjang program berlansung bertepatan dengan objekif program iaitu meningkatkan pengetahuan mengenai nilai-nilai kepimpinan (Imam Al – Ghazali: Kepimpinan Al - Qalb) dan pengurusan organisasi. Program ini dijangkakan akan berlanjutan sehingga hujung Oktober 2021 yang akan melibatkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia. Bagi meningkatkan kefahaman mengenai objektif program, pihak pengajur telah menjemput panel-panel pakar dalam mengupas nilai – nilai kepimpinan dan kenegaraan bagi menyuntik semangat para peserta dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih positif sekaligus membentuk jati diri yang tinggi. Program ini juga mendapat maklum balas yang positif daripada pihak pengurusan tertinggi UTHM.

Pelaksanaan program secara dalam talian (online) ini dilihat sebagai platform untuk meneruskan program dalam situasi pandemik Covid-19 bagi membentuk future-ready leader akan menjadi tonggak kepimpinan pelbagai sektor pada masa hadapan sekaligus menyumbang ke arah pembangunan negara yang maju.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan