PUTRAJAYA, 30 September 2021 – Mesyuarat Konvensyen Kerjaya Sektor Industri Sukan ini akan melibatkan 25 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai i-LEAD dan pegawai daripada Sekretariat Industri Sukan (SIS). Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan pengisian input dan idea secara mendalam bagi membentuk dan merangka pengisian program-program Konvensyen Kerjaya Sektor Industri Sukan yang akan dianjurkan pada November 2021.

Pada akhir mesyuarat ini, ahli mesyuarat akan mendapat maklumat berkaitan perkembangan terkini sektor industri sukan, membincangkan konsep dan kaedah pelaksanaan Konvensyen Kerjaya Sektor Industri Sukan dan mengenal pasti cadangan panel, moderator dan influencer yang akan terlibat dalam Konvensyen Kerjaya Sektor Industri Sukan.

Mesyuarat Konvensyen Kerjaya Sektor Industri Sukan akan dilaksanakan secara bersemuka mengikut garis pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) Covid-19 yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan melalui fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Hasil daripada mesyuarat ini akan dijadikan rujukan dan panduan kepada Kluster Kerjaya dan Sekretariat Industri Sukan (SIS). Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah i-LEAD, YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) i-LEAD, YBrs. Encik Mohd Nizam bin Haji Ismail.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan