PUTRAJAYA, 1 Oktober 2021 - Telah berlangsung Majlis Penutup Program Pertandingan Gambar dan Video Kreatif Merdeka Alumni MFLS. Program ini adalah anjurkan oleh Angkatan Belia Malaysia Future Leaders School (@MFLS) dengan Kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program ini berlangsuang selama 36 Hari bermula dari 15 Ogos hingga 30 September 2021.

Program ini bertemakan “Demi Malaysia” bersempena hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Program ini bertujuan menyebarkan kreativiti dikalangan belia khasnya Alumni MFLS. Karya yang dihasilkan adalah berkaitan tentang semangat Patriotik agar belia yang terlibat ¬¬menjadi warganegara yang sayangkan negara, Disamping itu program ini dapat meningkatkan kemahiran dalam pengunaan teknologi masa kini dan mencungkil pemikiran kreatif dan membina hubungan yang lebih erat di antara Alumni MFLS. Seramai kira-kira lebih 800 orang belia telah menghantar penyertaan dalam pertandingan ini dimana bagi kategori Gambar Kreatif penyertaan seramai lebih 500 orang dan selebihnya adalah penyertaan dalam kategori Video Kreatif.

Majlis penutup dan pengumuman pemenang diadakan secara dalam talian pada 1 Oktober 2021 yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Dr. Haji Hanafi bin Harun Pengarah Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS)


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan