PUTRAJAYA, 28 September 2021- Program Nice Book2U Siri 5 telah berjaya dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini merupakan anjuran Pusat Sumber Optimis di bawah Bahagian Pengurusan i-LEAD. Program yang berlangsung hampir 1 jam ini telah menarik minat penonton dengan 2 sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh 2 orang pengulas buku yang begitu bersemangat. Pengulas buku tersebut terdiri daripada Cik Neslin Anak Ginchun dari Kem Wawasan Negara Sampadi, Sarawak dengan kupasan buku yang berjudul Chicken Soup For The Soul : Berfikir Positif. Buku ini mengisahkan 101 cerita pendek yang berkesan di hati dan penuh inspirasi untuk membina hidup bahagia. Panel kedua pula dari Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti, i-LEAD iaitu Puan Rohaiyu binti Ismail dengan tajuk perkongsian bukunya Koleksi Resepi dan Tip Masakan daripada pengarang buku dan youtuber yang terkenal iaitu Yatie's Kitchen.

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan maklumat serta membangunkan kemahiran berkomunikasi di dalam kalangan kumpulan pelaksana warga i-LEAD. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan inisiatif intervensi Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) di bawah Strategi Pembangunan Modal Insan. Selain itu ianya juga sebagai medium perkongsian ilmu kepada semua warga i-LEAD bagi menyahut Kempen Membaca Kebangsaan melalui pemerkasaan persekitaran asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif sebagai asas kukuh bagi merealisasikan pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030..

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan