PUTRAJAYA, 29 September 2021 - Telah berlangsung Program Bicara Kepimpinan Patriotik Siri 4 bagi Zon Borneo anjuran Kluster Kepimpinan, i-LEAD dengan kerjasama Kem Wawasan Negara Kundasang, Sabah. Program yang berlangsung pada 29 September 2021 (Rabu) dilaksanakan secara dalam talian ini melibatkan 120 orang peserta yang merupakan pegawai-pegawai muda penjawat awam dari 6 Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Belia Dan Sukan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Kesihatan, dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Selain itu, turut serta adalah peserta dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah dan Sarawak.

Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk perkongsian mengenai kepimpinan dan kenegaraan yang merangkumi kupasan mengenai peranan dan tanggungjawab dalam melahirkan pemimpin yang berilmu, berketerampilan dan bijaksana. Perkongsian ini menampilkan jemputan panel dalam 2 sesi Bicara kepimpinan Patriotik iaitu bagi tajuk Kepimpinan Prihatin oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Azhar bin Yahaya yang merupakan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknolgi dan Inovasi bersama YBrs. Prof. Muhammad Zainiy bin Uthman merupakan Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Sains dan Peradaban Universiti Teknologi Malaysia. Manakala tajuk Demi Malaysia dikongsikan oleh YBrs. Prof. Dr. Sivamurugan Pandian merupakan Pensyarah Sosiologi Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan YBrs. Dr Razul Ikmal bin Ramli merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian dari Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Sesi Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail Timbalan Ketua Pengarah Kecemerlangan ,i-LEAD manakala sesi Penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hj Hanafi bin Harun Pengarah Kluster Kepimpinan i-LEAD.


User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan