PUTRAJAYA, 27 September 2021 -  Program Bicara Kepimpinan Patriotik Siri 3 bagi Zon Timur anjuran Kluster Kepimpinan, i-LEAD dengan kerjasama Kem Wawasan Negara Bukit Sagu, Pahang. Program yang telah berlangsung pada 27 September 2021 (Isnin) dilaksanakan secara dalam talian ini melibatkan 114 orang peserta yang merupakan pegawai-pegawai muda penjawat awam dari 7 Kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, dan Kementerian Pengajian Tinggi. Selain itu, turut serta adalah peserta dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk perkongsian mengenai kepemimpinan dan kenegaraan yang merangkumi kupasan mengenai peranan dan tanggungjawab dalam melahirkan pemimpin yang berilmu, berketrampilan dan bijaksana. Perkongsian ini menampilkan jemputan panel dalam 2 sesi Bicara Kepimpinan Patriotik iaitu bagi tajuk Kepimpinan Prihatin oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Azhar bin Yahaya yang merupakan mantan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknolgi dan Inovasi bersama YBrs. Prof. Muhammad Zainiy bin Uthman merupakan Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Sains dan Peradaban Universiti Teknologi Malaysia. Manakala tajuk Demi Malaysia dikongsikan oleh YBrs. Prof Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail merupakan Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Fakulti Teknologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama YBrs. Encik Rospiagus bin Taha merupakan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sesi Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail Timbalan Ketua Pengarah Kecemerlangan ,i-LEAD manakala sesi Penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Hj Hanafi bin Harun Pengarah Kluster Kepimpinan, i-LEAD.


User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan