PERAK, 16 September 2021 – Pada 15 September telah berlangsung program Semarak Merdeka: “Belia Cinta Negara” di Studio Pusat Tanggungjawab Kem Wawasan Negara Ulu Kenas, Ipoh.
Program ini dilaksanakan selama dua jam bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari secara atas talian. Panel jemputan adalah Encik Muhammad Asree bin Abdul Aziz, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Perak dan Encik Kishore Kumar A/L Ayyawoo, Ketua Jabatan Pengajian Umum Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak. Manakala moderator program adalah Encik Hj Husaini bin Ibrahim, Pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Di dalam program ini, para panel telah memberi pendedahan berkenaan semangat patriotisme dalam diri belia, cara mengukuhkan penghayatan erti kemerdekaan sebenar, serta meningkatkan rasa kesedaran dan semangat bersatu hati ke arah pembinaan negara bangsa yang berjaya dan berjiwa merdeka.

Program ini telah dihadiri oleh 96 orang peserta zoom yang berdaftar melalui google form yang terdiri daripada peserta Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), dan beberapa Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Hindu Youth Organization (HYO) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) malah turut disiarkan secara lansung di facebook Kem Wawasan Negara Ulu Kenas Official.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan