PUTRAJAYA, 2 Ogos 2021 (Isnin) –Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) menerusi Bahagian Pengurusan telah mengadakan Program Keceriaan Pejabat sempena Bulan Kebangsaan tahun 2021.Program ini berlangsung bermula 26 Ogos sehingga 16 September 2021 melibatkan aktiviti Keceriaan Pejabat di seluruh Bahagian/Kluster dan Kem Wawasan Negara seluruh negara.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan semangat Patriostisme warga i-LEAD serta meningkatkan daya kreativiti dan Inovasi di kalangan warga. Pelaksanaan Progam Keceriaan pejabat ini juga dapat meningkatkan suasana persekitaran kerja yang kondusif selari selain pada masa yang sama dapat meningkatkan lagi tahap kerjasama serta semangat bekerja dalam satu pasukan untuk semua warga.

Dalam tempoh Bulan Kebangsaan ini semua ruang pejabat di Institut Pembangunan Kecemerlangan Dan Kepimpinan telah dihiasi dengan kibaran Jalur Gemilang berserta tema Malaysia Prihatin, Slogan Demi Malaysia serta pelbagai Kreativiti dan Inovasi telah dipamerkan warga i-LEAD dalam menyerlahkan semangat sayangkan negara .

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan