PUTRAJAYA, 26 Ogos 2021 –  Kluster Kerjaya telah menganjurkan satu program Sembang Santai secara dalam talian yang bertajuk Permata Di Perantauan di platform Facebook Live Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) bermula jam 3.00 petang. Sembang Santai ini dilaksanakan bersempena tema Hari Kebangsaan dalam kempen menyemarakkan semangat kemerdekaan anjuran i-LEAD bagi sepanjang bulan Ogos 2021.

Dua orang ahli panel telah dijemput untuk membincangkan tajuk ini dengan lebih lanjut. Mereka adalah YBrs. Dr. Mohamad Sabri bin Sinal @ Zainal iaitu seorang Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Pengkomputeran, Universiti Utara Malaysia yang telah dianugerahkan beberapa anugerah tertinggi akademik dalam pengajian beliau selama lebih 7 tahun di Jepun. Manakala seorang ahli panel lagi ialah Encik Adhim Syuhadi iaitu seorang jurutera Aero Engine dari Syarikat Rolls-Royce yang bersiaran dari Cardiff, United Kingdom.

Objektif program ini adalah untuk mengupas semangat cintakan negara dari kaca mata belia yang belajar dan bekerja di luar negara. Golongan ini boleh dianggap sebagai duta kecil Malaysia yang membawa nama baik negara di mata dunia. Pengalaman dan kejayaan mereka di perantauan wajar dikongsi agar dapat dijadikan motivasi dan pemangkin semangat belia di luar sana, dalam mencapai kejayaan dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi.Panel turut berkongsi tentang cabaran, pengalaman berharga, nilai-nilai murni yang dapat dijadikan panduan dan inspirasi yang baik kepada belia di luar sana terutamanya dalam membentuk jati diri sekaligus membina kerjaya dan berjaya di luar negara.

Lebih 1,600 jumlah tontonan telah dicatatkan dan para peserta terdiri daripada warga i-LEAD dan KBS, agensi kerajaan yang lain, belia dan mahasiswa serta masyarakat umumnya.

.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan