SELANGOR, 21 Ogos 2021 – Program Pemerkasaan Alumni Kenegaraan “Semarak Kemerdekaan” anjuran Kem Wawasan Negara Meru kerjasama dengan Angkatan Belia MFLS Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Program diadakan melalui alam maya (virtual) dengan platfom Zoom Meeting.

Program ini menitikberatkan elemen Kenegaraan para peserta untuk menanamkan semangat patriotisme dan semangat cinta akan negara. Disamping itu, program ini juga banyak menekankan tentang sejarah kemerdekaan negara serta tentang pengetahuan umum yang berkaitan dengan sejarah negara kita.Seramai 47 orang peserta terdiri daripada pelbagai lapisan umur khususnya mereka yang berumur dari 15 tahun hingga 19 tahun.

Perasmian dan penutupan program telah disempurnakan oleh Ketua Kem Wawasan Negara Meru Selangor iaitu Encik Jasmi bin Jasa. Secara keseluruhannya pengisian program ini telah mencapai objektifnya dan mendapat maklum balas yang positif daripada para peserta.

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan