PUTRAJAYA, 13 Julai 2021- Program Nice Book2U Siri 4 telah berjaya dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini merupakan anjuran Pusat Sumber Optimis di bawah Bahagian Pengurusan i-LEAD.

Program yang berlangsung selama 1 jam ini telah menarik minat penonton dengan 3 sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh 3 orang panel yang begitu bersemangat. Panel tersebut terdiri daripada Cik Fareesha Binti Zahri dari Kem Wawasan Lipis, Pahang dengan kupasan buku yang berjudul Kekok. Panel kedua pula dari Kluster Modal Insan, i-LEAD iaitu Encik Mohd Zul Amri Bin Zainal Aripin dengan tajuk perkongsian bukunya Projek Lavender : 22 Kisah pejuang kanser yang cekal melawan. Manakala panel ketiga pula Pn Rohaya binti Abdul Ghafar dari Kem Wawasan Negara Gunung Pulai, Johor dengan tajuk perkongsian bukunya Isteriku Bidadariku: 11 Kaedah Membimbing Keluarga

Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan maklumat serta membangunkan kemahiran berkomunikasi di dalam kalangan kumpulan pelaksana warga i-LEAD. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan inisiatif intervensi Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) di bawah Strategi Pembangunan Modal Insan. Selain itu ianya juga sebagai medium perkongsian ilmu kepada semua warga i-LEAD bagi menyahut Kempen Membaca Kebangsaan melalui pemerkasaan persekitaran asas galakan membaca dan ketersediaan mental rakyat secara agresif, kreatif dan inklusif sebagai asas kukuh bagi merealisasikan pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2021-2030.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan