PUTRAJAYA, 1 Julai 2021- Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-lEAD) telah berjaya melaksanakan Program Seminar Kerjaya Penyerlahan Potensi Anak Muda dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan IKBN Peretak. Program ini telah berlangsung dengan jayanya secara Webinar dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting dan juga Facebook Live IKBN Peretak pada 1 Julai 2021. Program ini diadakan dengan kerjasama penganjur utama iaitu Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak.

Seminar ini telah dibuka dengan ucaptama oleh Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). Antara kupasan bagi program ini adalah membincangkan mengenai kebolehpasaran graduan TVET, penilaian resume, kaedah temuduga kerja mengenai peluang pekerjaan dan info-info kepada belia melalui laluan kerjaya kepada belia.

Program ini menyasarkan seramai 250 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan pelajar tahun akhir dan kategori B40 dan Kebolehpasaran rendah di Universiti, Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan Zon Tengah, Kolej ,Sekolah Menengah Daerah Hulu Selangor. Seminar ini bertujuan memberikan input, ilmu dan maklumat mengenai persediaan yang perlu diterapkan kepada mahasiswa dan para pelajar ke alam pekerjaan serta peluang kerjaya masa hadapan yang boleh difokuskan oleh para mahasiswa dan pelajar khususnya.

Seminar ini telah dikendalikan oleh Hazulia Arni binti Abdul Hadi sebagai moderator manakala panel jemputan Sathish Kumar Batumelai, Pengurus Jualan Archer. Hasil daripada seminar adalah sangat berguna kepada mahasiswa dan pelajar untuk menempuh ke alam pekerjaan yang sangat mencabar pada pada masa kini dan akan datang. Karnival Kerjaya ini adalah rangkuman 4 program iaitu, TVET Webinar, Seminar Kerjaya, Sesi Temuduga dan Majlis dialog bersama industri. Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan