PUTRAJAYA, 28 Jun 2021 – Program Singgah Kejap @ i-LEAD bersama Datin Anne Ngasri telah berjaya dijalankan secara atas talian melalui platform Facebook i-LEAD. Program merupakan anjuran Akademi Kenegaraan dengan kerjasama Kluster Modal Insan i-LEAD ini telah mengupas tajuk “Peranan Artis Dalam Membangunkan Belia” . Program dimulakan dengan Ucapan aluan daripada Ketua Pengarah i-LEAD, Tuan Haji Mohd Haswandi Bin Haji Ahmad.

Program Bual Bicara selama 1 jam ini telah menarik minat penonton dengan sesi perkongsian yang telah diberikan oleh Datin Anne Ngasri yang begitu bersemangat. Penonton juga begitu aktif memberikan soalan sepanjang sesi berjalan. Program juga diselitkan dengan soalan kuiz bagi menarik lagi minat penonton untuk terus kekal hingga ke akhir program.

Program ini adalah bertujuan untuk bertukar pandangan dan berkongsi idea tentang mereka yang terlibat dalam kerja-kerja belia walau di dalam skop bidang yang berbeza. Maka untuk itu program yang pertama Singgah Kejap anjuran Akademi Kenegaraan ini menampilkan golongan artis / selebriti yang merupakan antara penyumbang juga kepada pembangunan belia. Penglibatan penonton juga adalah dari kalangan pelbagai agensi dan jabatan dan program tamat pada jam 3.00 petang.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan