PUTRAJAYA, 16 Jun 2021- Program berbentuk bual bicara atas talian Rukun Negara@Belia-Online (RNB Online): Negaraku – Suburkan Identiti Sosial Negara yang membicarakan tentang aktiviti kesukarelawanan sebagai satu wadah yang terbaik dalam menyuburkan identiti sosial negara serta salah satu saluran untuk menterjemahkan rasa cinta kepada negara melalui khidmat bakti yang dicurahkan. Penyertaan belia dalam aktiviti sukarelawan adalah penting kerana mereka dapat membantu usaha negara ke arah memupuk sikap positif untuk membantu masyarakat merentasi agama, kaum dan demografi, menanam penghayatan nilai-nilai murni serta mampu mengukuhkan identiti diri

Tetamu jemputan yang membicarakan topik ini ialah ENCIK KHAIRUL NIZAM BIN MOHD SOPERY, Presiden Briged Negaraku seorang penggerak NGO yang telah menyuburkan identiti sosial negara melalui penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang berempati. 

Penyiaran program ini telah dijayakan secara langsung melalui FB Live i-LEAD dan telah berjaya menarik lebih 500 tontonan semasa program disiarkan secara langsung.                                                                                                                                                                                                                                       



User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan