PUTRAJAYA, 28 Mei 2021 – Pada 28 Mei 2021 telah berlangsung Dialog Komunikasi bertajuk Dare to Speak di platform Facebook Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) 2021 pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang.

Dua orang Ahli Panel telah dijemput bagi mengupas tajuk ini iaitu Puan Kartini binti Kamalul Ariffin daripada DBilique Media, dan Encik Nik Akmal Afif bin Nik Othman daripada Career Cube.
Antaranya fokus perbincangan ialah berkaitan kaedah meningkatkan keyakinan berkomunikasi dalam kalangan belia, kepentingan komunikasi efektif dan tips mempraktikkan komunikasi berkesan khususnya kepada belia yang akan ke alam kerjaya.

Pada akhir dialog ini, para peserta dapat memanfaatkan pengetahuan dan idea serta tips yang dikongsi oleh Ahli Panel melalui dalam talian ini untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan khasnya dalam aspek komunikasi.

Seramai lebih 1,400 orang penonton warga alam maya facebook i-LEAD adalah terdiri daripada warga i-LEAD, rakan-rakan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), belia dan orang awam turut terlibat dan menjayakan dialog ini daripada awal sehingga ke penghujung program.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan