Putrajaya, 25 Mei 2021 – Atas usaha dan inisatif memberikan kefahaman dan pengetahuan terhadap bidang penilaian program, Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti (BIJAK), Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) telah menganjurkan sebuah Bengkel Penilaian Keberkesanan Program secara dalam talian melalui Aplikasi Zoom Meeting.

Bengkel ini telah dikelolakan sepenuhnya oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Hanina H. Hamsan, Ketua Laboratori, Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia, Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Antara objektif bengkel ini adalah ;
i) Memahami keperluan dan faedah penilaian program;
ii) Mengetahui pelaksanaan penilaian terhadap program latihan yang dijalankan;
iii) Memahami konsep dan kaedah Model Penilaian Kirk Patrick;
iv) Mengetahui kaedah pengumpulan data-data penilaian; dan
v) Mendapat penjelasan terhadap kaedah analisis data dan penulisan pelaporan penilaian yang dibuat.

Bengkel ini juga telah melibatkan seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kumpulan pelaksana di Ibu Pejabat, Akademi Kenegaraan dan Kem Wawasan Negara.
Semoga penganjuran bengkel ini dapat memberikan input dan penambahbaikan terhadap penilaian program latihan yang telah dilaksanakan dengan lebih berkesan pada masa akan datang.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan