KOTA KINABALU, 07 Mei 2021 - Pada 07 Mei telah berlangsung Seminar Pemantapan Kepimpinan Alumni MFLS Negeri Sabah. Seminar diadakan di hotel Raia Tabung Haji Kota Kinabalu dan dianjurkan oleh Kem Wawasan Negara Kundasang, Sabah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).

Seminar ini merupakan salah satu program sebahagian daripada lima siri untuk perancangan Pemerkasaan Alumni MFLS. Seminar ini mensasarkan kepada penyertaan bekas peserta MFLS Sabah (Lepasan SPM) dari tahun 2019 sehingga 2020.Seminar ini bertujuan mengukuhkan lagi kesinambungan ilmu kepimpinan dan jati diri yang telah dilalui oleh peserta seminar di program MFLS selama 10 hari di KWN Kundasang.

Seramai 60 orang peserta Alumni MFLS dan beberapa kakitangan KWN Kundasang yang hadir ke seminar tersebut telah mendengar ucaptama daripada Ketua Kem KWN Kundasang Puan Shonita binti Terang sebelum meraikan majlis berbuka puasa bersama.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan