SEPANG, 4 Mei 2021 – Pada 2 Mei 2021 (Ahad) telah berlangsungnya Dialog Sukarelawan Sukan yang diadakan buat julung kalinya secara bersemuka di Hotel Movenpick Sepang iaitu anjuran Kluster Modal Insan.
Dialog ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang serta MBS Daerah Sepang yang bermula jam 2.00 petang sehingga 8.30 malam. Sewaktu program sedang berlangsung, YBrs. Tuan Hj. Haswandi bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah i-LEAD turut hadir singgah bersiaran bagi melihat suasana dialog yang sedang dilaksanakan.

Dialog Sukarelawan Sukan yang diadakan buat julung kalinya ini juga telah dihadiri seramai 60 orang peserta terdiri daripada belia yang berumur 30 tahun ke bawah yang berminat untuk menyertai program/kursus bagi Sukarelawan Sukan yang dianjurkan oleh Kluster Modal Insan, i-LEAD.

Dialog ini telah diakhiri dengan Sesi Ramah Mesra yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Nizam bin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) i-LEAD seterusnya jamuan iftar bersama para peserta.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan