Putrajaya, 3 Mei 2021 – Kluster Kerjaya, i-LEAD, KBS telah melaksanakan Bengkel Postmortem Kluster Kerjaya bagi tahun 2020 dan suku tahun pertama 2021. Seramai 20 orang pegawai i-LEAD telah menghadiri program ini di Bilik Seminar Eugenia, Palm Garden Golf Club.

Tujuan bengkel ini adalah untuk menganalis program yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 dan suku tahun pertama bagi tahun 2021. Dapatan analisis tersebut, Kluster Kerjaya membuat penambahbaikan ke atas program yang telah dijalankan. Seterusnya mencetuskan idea baru yang bernas dan merangka perancangan yang teliti untuk pemantapan program yang akan dilaksanakan yang seiring dengan trend terkini dan mengikut kehendak visi dan misi i-LEAD.

Bengkel ini dimulakan dengan ucapan Pengarah Kluster Kerjaya Encik Khailani bin Ismail yang memberikan garis panduan dan amanat agar bengkel ini dapat menzahirkan program yang mantap kepada belia dan mencapai KPI Kluster Kerjaya dan KPI i-LEAD keseluruhannya. Program yang akan dilaksanakan haruslah memberi pulangan dan nilai tambah kepada belia dalam mendepani cabaran kerjaya pada masa kini.

.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan