KUALA LUMPUR, 1 Mei 2021-Program Seminar Digital Marketing telah berlangsung pada 1 Mei 2021 (Sabtu), pukul 3.00 petang dan berakhir jam 7.00 petang di Regency Hotel Kuala Lumpur. Seramai 4 orang tenaga pakar dalam bidang Digital Marketing telah berkongsi ilmu PEMASARAN. Sambutan peserta amat menggalakan dengan penyertaan peserta seramai 102 orang. Kebanyakan peserta adalah dari pelbagai latarbelakang. Sebahagian dari mereka masih berkerja dan membuat perniagaan secara sambilan dan ada yang sepenuh masa. Kesedaran untuk menjadikan Perniagaan adalah satu Kerjaya telah mula berkembang dan ia amat baik untuk para belia bagi menjana ekonomi seterusnya merubah kehidupan keluarga.

Pada masa  pergerakan untuk menjual hasil produk secara bersemuka agak sukar disebabkan pendemik COVID -19 , Satu inisiatif telah dilakukan oleh Pertubuhan BAWA dengan mempromosi produk hasil keluaran mereka secara dalam talian (on line) . Pendedahan kepada Kaedah Pemasaran Digital amat tepat pada masa.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan