Berita Terkini
- iLEAD2
- Berita Terkini



PUTRAJAYA, 22 April 2021 (Khamis) – Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) telah menganjurkan Dialog Kepimpinan Eksekutif secara dalam talian. Dialog ini antara lain bertujuan untuk menyediakan platform kepada tokoh-tokoh penting dalam Perkhidmatan Awam untuk berkongsi pengalaman dalam mentadbir organisasi.
Dialog Kepimpinan Eksekutif siri 1 ini telah menampilkan seorang panel yang tidak asing lagi bagi panjawat awam iaitu YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan tajuk yang menarik iaitu “Kerja Raja Dijunjung, Kerja Sendiri Dikelek”: Penjawat Awam Tunjang Pembangunan Negara. Program ini berlangsung selamat 1 Jam secara live di Facebook @ileadkbsmsia.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan dan juga Setiausaha Kehormat Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik