PUTRAJAYA, 21 Februari 2021 – Pada 20 Februari 2021 (Rabu) telah berlangsung Dialog Kepimpinan secara dalam talian melalui platform Facebook i-LEAD yang menampilkan panel jemputan YBhg. Datin Sri Ismalina binti. Ismail, Penaung PUSPANITA dan ustazah Asma’ binti Harun,pendakwah bebas yang tidak asing lagi bagi membincangkan tajuk “Pabila Suri Bersuara”. Program dialog ini merupakan anjuran Kluster Kepimpinan i-LEAD dengan kerjasama PUSPANITA dan juga Angkatan Belia MFLS.

Dialog Kepimpinan yang berlangsung selama sejam ini telah mendapat tontonan yang sangat menggalakkan menerusi siaran di FB Live i-LEAD. Program ini membincangkan bagaimana peranan wanita sebagai seorang pemimpin dan juga memberi motivasi kepada wanita untuk menjadi lebih baik dalam menangani apa saja yang dugaan yang dihadapi.

Sebanyak 50K jumlah tontonan semasa program berlangsung yang terdiri daripada pelbagai agensi, kementerian, IPTA/IPTS dan juga orang awam, dan seramai 187 orang telah membuat perkongsian(share) program sepanjang program berlangsung.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan