PUTRAJAYA, 20 April 2021 – Pada 20 April 2021 Sembang Santai , anjuran Kluster Kerjaya bertajuk "Pemasaran Digital Pemangkin Ekonomi, di platform Facebook Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) 2021 pukul 10.30 pagi. Topik yang dikongsikan adalah kaedah pemasaran digital mampu melonjakkan keuntungan kepada peniaga.

Dua orang panel dari MYDigo berkongsi tips, kaedah dan nasihat untuk laksanakan transformasi pemasaran digital yang perlu diterokai pada masa kini. saluran media sosial yang seringkali digunakan adalah platform terbaik untuk mencuri hati pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga. Belia masa kini digalakkan untuk mencipta peluang kerjaya dalam perniagaan kerana peluang dalam perniagaan menawarkan pulangan yang besar sekiranya adanya kaedah yang betul.

Pada akhir bual bicara ini, para peserta dapat mengenalpasti kaedah terbaik untuk menjalankan perniagaan dengan menggunakan saluran pemasaran secara digital. selain itu juga, peserta dapat pemahaman bahawa kerjaya dalam perniagaan memberi pulangan dan jaminan yang baik pada masa akan datang selagi mana kita mempunyai niat yang baik dan jujur dalam perniagaan tersebut.
Seramai 1000 orang telah menyaksikan sembang santai tersebut yang terdiri daripada warga KBS, belia dan sebagainya. Program ini mendapat sambutan yang baik

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13