Kuala Perlis, 11 April 2021 – Pada 9 hingga 11 April telah berlangsung Kursus Khas Pentadbiran dan Kepimpinan Alumni MFLS Perlis. Kursus ini diadakan di Pusat Konservasi Jabatan Perhilitan, Kuala Perlis dan dianjurkan oleh Kluster Kepimpinan i-LEAD.

Kursus ini memberi pendedahan kepada alumni untuk aktif dalam persatuan dan peserta juga mendapat maklumat berkaitan cara pengurusan organisasi dengan lebih sistematik. Melalui kursus ini, ilmu kenegaraan juga telah diterapkan dalam diri setiap peserta.

Seramai 23 orang peserta terdiri daripada alumni MFLS Perlis telah mengikuti kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Yuhanis Bin Mohamad Yusof, Penolong Pengarah Kluster Kepimpinan Ibu Pejabat Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan