PERLIS, 10 April 2021 – Seminar Profesionalisme Kerjaya 2021 telah diadakan di Bilik Seri Cemerlang 1, Universiti Malaysia Perlis, UniMAP pada 10 April 2021. Seminar ini merupakan program kolaborasi antara  Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), KBS bersama UniMAP dalam membantu mahasiswa dalam memberi pemahaman dan persediaan ke alam kerjaya. Tujuan seminar ini adalah bagi mempersiapkan diri mahasiswa dengan ilmu dan kefahaman mengenai kemahiran insaniah (soft skills) dan meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang kerjaya.

Seminar ini dijalankan secara bersemuka melibatkan 100 orang mahasiswa dan mahasiswi tahun 3 dan tahun akhir. Seminar ini terdapat dua slot iaitu: Slot 1: Nilai & Jati Diri: Uprising Life yang disampaikan oleh Encik Muhammad Elyas bin Sulaiman, Penolong Pengarah, Kluster Kerjaya, i-LEAD, KBS. Slot 2: Kepentingan Soft Skills dalam Kerjaya yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr Hanum Hassan, Ketua Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti, Pusat Keusahawanan Jaringan Industri dan Masyarakat (CEICnet).

Majlis perasmian penutup seminar disempurnakan oleh YBrs. Puan Zainariah binti Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Kluster Kerjaya, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan. Hasil dari seminar ini peserta akan mendapat segala input, maklumat dan ilmu yang sangat berguna kerana rata-rata mereka yang mengikuti seminar ini terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi tahun 3 dan tahun akhiryang akan menempuhi alam pekerjaan yang sangat mencabar akan datang selepas mereka tamat pengajian.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13