PUTRAYA, 8 April 2021- Bengkel Pengkaedahan Penyelidikan dan Analisis Data telah dilaksanakan pada 7 hingga 8 April 2021 di Bilik Prakasa, anjuran Bahagian Inovasi dan jaminan Kualiti, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Putrajaya dan secara dalam talian menerusi Zoom Cloud Meeting. Peserta bengkel ini telah dihadiri oleh 29 orang peserta dari ibu Pejabat i-LEAD dan Kem Wawasan Negara terpilih dari pelbagai gred.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai penyelidikan dan analisis data kajian bagi tujuan pembinaan dan penyediaan modul latihan. Selain itu, garis panduan, gerak kerja dan format penyelidikan yang bersesuaian telah berupaya disediakan berdasarkan kehendak dan keperluan jabatan.

Bengkel selama dua hari ini dijayakan dengan bantuan 3 orang penceramah jemputan dalam pengendalian sesi ini iaitu YBhg. Dr Wan Muhammad Adam Wan Norudin, YBhg. Prof Madya Dr. Mohd Afandi bin Mat Rani dan YBrs. Tuan Wan Mohd Allwee bin Wan Ismail.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan