KUALA TERENGGANU, 5 April 2021 – Seminar Profesional Kerjaya Belia telah diadakan di Dewan Kolej Komuniti Kuala Terengganu pada 5 April 2021 yang bertujuan untuk memberikan input, ilmu dan maklumat berkenaan Jati Diri  belia yang perlu ada bagi menghadapi alam pekerjaan dan juga peluang yang ada kepada belia dalam kerjaya . Peserta adalah seramai 100 orang yang terdiri daripada tahun akhir pelajar pengambilan Sijil Teknologi Binaan, Sijil Kenderaan ringan, Sijil Fesyen Pakaian, Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Sijil Teknologi Senibina. Kolej Komuniti ini telah mengumpulkan 5 cawangan iaitu Cawangan Kuala Terengganu, Cawangan Setiu, Cawangan Kuala Nerus, Cawangan Ajil dan Cawangan Chedering.

Seminar ini telah dirasmikan oleh En Ali bin Mamat, Pengarah Kolej komuniti Kuala Terengganu.Pengisian Seminar ini tentang perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh En Sufian Bin Yusof, Penolong Pengarah Kluser Kerjaya dengan tajuk Jati Diri Kerjaya Belia dan slot kedua pula disampaikan oleh Dr Azizul Yadi bin Yaakop, Pensyarah daripada Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Ekonomi dan pemasaran yang bertajuk Profesional Kerjaya Belia.

Hasil dari seminar ini peserta dapat input, maklumat dan ilmu yang sangat berguna selepas ini kerana mereka terdiri daripada tahun akhir akan menempuh alam pekerjaan yang sangat mencabar akan datang.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13