KUALA KANGSAR, 04 April 2021 - Pada 03 hingga 04 April telah berlangsung Kursus Pengucapan Awam ‘Berani Berucap Dengan Yakin’ Siri 1 Tahun 2021.Kursus yang berlangsung selama dua (2) hari satu (1) malam ini diadakan di Dewan Cemara, Kem Wawasan Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak dan dianjurkan oleh Kem Wawasan Negara Ulu Kenas dengan kerjasama Angkatan Belia MFLS Negeri Perak.

Kursus ini mendedahkan kepada para peserta tentang teknik-teknik berkomunikasi, bersosialisasi, pendedahan ilmu dan manfaat menguasai teknik pengucapan yang berkesan. Selain itu, kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan peserta yang mampu membentuk kepimpinan dan watak jati diri yang positif seperti lebih berkeyakinan, berketrampilan dan berani di khalayak umum.

YBrs. Encik Nizam bin Mohd Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) i-LEAD telah menyempurnakan perasmian penutup kursus ini dan menyampaikan sijil kepada seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada Angkatan Belia MFLS Negeri Perak dan alumni MFLS Negeri Perak.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan