KUALA LUMPUR, 02 April 2021 - Kursus Hire Me Now Siri 2 ini diadakan pada 02 dan 03 April 2021 di Dewan Kaunseling dan Perkhidmatan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan konsep teori membina hubungan yang baik serta mempelajari teknik komunikasi yang berkesan sebagai persediaan bagi menghadapi dalam dunia pekerjaan. Peserta adalah seramai 60 orang yang terdiri daripada mahasiswa serta mahasiswi awam Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Kapten Ahmad Zaidi Sulaiman, Pengarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Manakala Sesi penutupan kursus telah dilaksanakan oleh Puan Zainariah binti Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kluster Kerjaya, i-LEAD.

Hasil daripada kursus ini para peserta dapat mempelajari teknik komunikasi berkesan dalam membina hubungan, pembentangan dan temuduga serta meningkatkan kompetensi profesionalisme dalam persediaan mendapatkan pekerjaan pada masa akan datang.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13