REMBAU, 01 Mac 2021 – Bahagian Penyelarasan Strategik bersama-sama Syarikat Delta Rovers telah mengadakan satu lawatan khas berkenaan dengan kerja-kerja pembaikan menara dan Obstacle (tempuh halangan) di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.

Lawatan tersebut menjurus kepada perbincangan dan penyelesaian masalah yang berlaku pada menara dan tempat Obstcle. Hasil daripada lawatan tersebut mendapati bahawa struktur bangunan menara masih lagi elok tetapi memerlukan beberapa tindakan baikpulih. Manakala ditempat pendaratan Flying Fox memerlukan kerja-kerja pembaikan semula kerana struktur asal tidak selamat digunakan. Bagi Obstacle pula, kawasan baru akan diwujudkan bagi melakukan kerja-kerja pembinaan baru. Segala tindakan dan keputusan yang diambil telah pun dipersetujui bersama antara pihak Bahagian Penyelarasan Strategik, Kem Wawasan Negara Ulu Sepri dan pihak Syarikat Delta Rovers.

Seramai 12 orang wakil yang turut bersama-sama dalam lawatan tersebut, iaitu diketuai oleh En. Amir Hamzah b. Awang Ghazali selaku Pengarah Bahagian Penyelarasan Strategik bersama En. Norzarizal Syah b. Zakaria, Penolong Pengarah. Manakala kem pula terdiri daripada En. Mohd Akmaluddin b. Mudaribeni selaku Ketua Kem bersama seorang pegawai dan enam (6) orang trainer. Bagi Syarikat Delta Rovers pula terdiri daripada En Wong sebagai Pengurus Syarikat Delta Rovers dan seorang pembantu.


User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13