Berita Terkini
- iLEAD2
- Berita Terkini


MELAKA, 1 April 2021 - Kursus TOTSiri 2 ini diadakan Straits Hotel & Suites, Melaka pada 30 Mac hingga1 April 2021 yang bertujuan untuk memberikan input, pendedahan serta pemahaman modul latihan soft skills sebelum mereka memulakan tugas sebagai fasilitator untuk Kursus Youth Up Skill (YOUS) SPN. Peserta adalah seramai 39 orang yang terdiri daripada pegawai dan penolong pegawai i-LEAD dari seluruh negara.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Encik Nizam Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah bahagian kecemerlangan i- LEAD. Manakala Sesi penutupan kursus telah dilaksanakan oleh Encik Mohd. Khailani bin Ismail, Pengarah Kluster Kerjaya, i-LEAD.
Hasil dari kursus ini peserta menjadi barisan fasilitator yang berkualiti dan dapat memahami modul secara mendalam. Pesreta juga dapat menyampaikan pengisian dengan berkesan dan berkeyakinan tinggi untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.