PUTRAJAYA, 2 April 2021 – Pada 1 April 2021 (Khamis) telah berlangsung Dialog Kepimpinan secara dalam talian (Online) melalui platform Facebook i-LEAD yang menampilkan panel jemputan YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program Dialog Kepimpinan ini merupakan Anjuran Kluster Kepimpinan i-LEAD dan terbuka kepada semua kumpulan sasar.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan menjelaskan maksud pantun yang sangat popular ini sejak berzaman dan keindahannya kepada para penonton tanpa mengira usia dan latar belakang iaitu  “ YANG KURIK KUNDI, YANG MERAH SAGA, YANG CANTIK BUDI, YANG INDAH BAHASA”. Ahli panel yang dijemput mempunyai pengalaman yang sangat luas,kepakaran dan ketokohannya terhadap memperkasa dan merekayasa citra bahasa kepada negara kita. Panel yang merupakan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab melonjakkan usaha memartabatkan gedung ilmu sebagai banteng tamadun negara dan bangsa. Semasa perkongsian Dialog Kepimpinan (DK) ini, panel turut mengupas pentingnya aspek pembentukan kepimpinan dan jati diri bermula sebagai individu, masyarakat, organisasi dan negara. Panel turut memberi penerangan nilai-nilai murni kepimpinan, perilaku serta aspek keperibadian diri terpuji.

Sepanjang program inin berlangsung, para penonton turut menanyakan pelbagai soalan kepada panel. Secara keseluruhannya, pengisian program ini telah mencapai objektifnya.
Seramai 2.2K jumlah tontonan semasa program berlangsung yang terdiri daripada pelbagai agensi, kementerian, IPTA/IPTS dan juga orang awam dan ramai penonton turut membuat perkongsian (share) program sepanjang tempoh program berlangsung.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan