,PUTRAJAYA, 25 Mac 2021- Bicara Kerjaya Kluster Kerjaya telah dihadiri oleh Encik Mohd Khailani bin Ismail selaku wakil Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dan sesi bicara kerjaya telah dilaksanakan bertempat di mini studio i-LEAD, Kementerian Belia dan Sukan.

Tujuan bicara kerjaya ini diadakan adalah bagi memberi tips kerjaya dan berkongsi maklumat mengenai penawaran pekerjaan terkini kepada belia, mahasiswa dan masyarakat seperti Linkeldn yang mempunyai 800juta. Bicara Kerjaya Kluster Kerjaya i-LEAD telah di adakan secara pautan dalam talian dihadiri oleh panel yang dijemput khas daripada sektor korporat. Antaranya, Encik Aziph Mustapha (Ketua Transformasi dan Kebudayaan) Celcom Axiata Berhad dan Encik Sathish Kumar Batumelai selaku Pengurus Jualan Syarikat Multinasional (MNC) Archer. Antara topik yang dibincangkan adalah seperti pilihan pekerja oleh majikan pada masa kini, tawaran medium baru seperti Linkeldn, Freelancing dan sebagainya.

Ahli panel turut membincangkan mengenai tajuk IR 4.0 dan keperluan Artificial Intelligence (AI) dalam membantu kerjaya pada masa hadapan. Panel turut menekankan kepada kesan kepada seseorang individu sekiranya mempunyai rekod buruk di atas talian seperti kes jenayah, komen negatif, buli siber, kes tipu dan sebagainya. Antara rekod buruk seseorang individu atau pencari kerja akan dinilai oleh AI dan ini memberi kesan kepada belia yang mempunyai rekod buruk tersebut di atas talian. Rekod tersebut akan terus kekal di dalam server dan akan memungkinkan individu tersebut tidak berpeluang memiliki pekerjaan.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan