PUTRAJAYA, 23 Mac 2021 – Pada 23 Mac 2021 Forum Penjanaan Ekonomi, anjuran Kluster Kerjaya bertajuk OPPS Duit (Opportunities Duit), di platform Facebook Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). Topik yang dibincangkan adalah berkaitan dengan bidang makanan dan minuman yang boleh diterokai dalam “Richiamo Coffee

Dua orang panel jemputan berkongsi pelbagai dimensi ruang dan peluang untuk membangunkan belia di luar sana untuk menceburi dalam bidang makanan dan minuman. Kesediaan belia adalah perkara penting untuk memulakannya dan akhirnya dapat menempatkan diri dalam peluang kerjaya melalui “Richiamo Coffee”. Selagi ada minat dan komitmen, belia mampu berdiri sendiri tanpa mengharapkan bekerja dengan majikan semata-mata.

Pada akhir bual bicara ini, para peserta dapat pencerahan dalam kerjaya yang baru yang boleh diterokai. Peserta juga mendapat pemahaman /idea dan memotivasikan diri melalui pengalaman yang telah dikongsi oleh 2 orang panel tersebut. Walaupun mempunyai kelayakan akademik yang berbeza, namun usaha, minat dan komitmen mampu mengubah kerjaya dan hidup belia pada masa akan datang. Halangan merupakan batu loncatan untuk lebih berusaha dan menggapai kejayaan pada masa akan datang.

Seramai 1000 orang penonton warga alam maya facebook i-LEAD adalah terdiri daripada pelbagai kementerian/jabatan, belia dan orang awam turut terlibat dan menjayakan forum ini daripada awal sehingga ke penghujung program.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan