PUTRAJAYA, 24 Mac 2021 – Pada 24 Mac 2021 (Rabu) telah berlangsung Dialog Kepimpinan secara dalam talian (Online) melalui platform Facebook Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) yang menampilkan panel jemputan YBrs. Tuan Haji Md Taib bin Mat, Pengasas Akademi Neuro Linguistic Programing (NLP). Program Dialog Kepimpinan ini merupakan Anjuran Kluster Kepimpinan i-LEAD dan terbuka kepada semua kumpulan sasar.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan dan meningkatkan kefahaman berkaitan komunikasi dan kepimpinan yang boleh diaplikasikan oleh para penonton selepas melihat perkongsian dalam program ini. Ahli panel yang dijemput mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam memberikan latihan berkenaan topik ini dan telah menyentuh kupasan pengisian tajuk yang diberikan dengan cukup baik. Para penonton memberikan kerjasama yang baik dengan mengemukakan pelbagai soalan semasa program dan mereka teruja untuk mengikut sambungan program ini pada masa akan datang sekiranya dilaksanakan lagi. Secara keseluruhannya, pengisian program ini telah mencapai objektifnya.

Seramai 2.1K jumlah tontonan semasa program berlangsung yang terdiri daripada pelbagai agensi, kementerian, IPTA/IPTS dan juga orang awam dan ramai penonton turut membuat perkongsian (share) program sepanjang tempoh program berlangsung.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan