PUTRAJAYA, 02 Mac 2021 – Program Bicara Interaktif telah dijayakan secara atas talian melalui Facebook Live i-LEAD, pada 02 Mac 2021 mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini melibatkan seorang panel jemputan, iaitu Kapten Mat Irwani Bin Mat Nawawi, seorang Juruterbang Malaysia Airlines yang berpengalaman lebih 20 tahun. Program ini telah dijalankan di Studio i-LEAD, Tingkat 5, Kompleks F10, Putrajaya.

Program ini menjurus kepada perkongsian pengalaman beliau sebagai juruterbang yang sentiasa melihat dunia ini dari “atas” dan mengekspresikan semangat patriotisme beliau dengan menjiwai kerjaya yang diceburi di samping pengalaman beliau yang telah menjelajahi banyak negara.

Program anjuran Kluster Kenegaraan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) ini telah mendapat perhatian seramai lebih 2000 penonton dari pelbagai peringkat umur. Program ini telah dikendalikan oleh seorang moderator iaitu Encik Haslizar Bin Rozally.

Hasil maklum balas penilaian penonton, kebanyakan mereka merasakan tempoh 1 jam program tersebut tidak mencukupi dan perlu dilanjutkan lagi kerana banyak perkara menarik boleh dikongsikan lagi untuk iktibar serta pengetahuan berguna kepada belia khususnya.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13