PUTRAJAYA, 1 Mac 2021 – Pada 1 Mac 2021 (Isnin) telah berlangsung Program Bicara Dialog Kepimpinan secara dalam talian melalui platform Facebook I-LEAD yang menampilkan Encik Ahmad Shukri bin Adnan dan Puan Muliana binti Tahir mewakili Kluster Kepimpinan sebagai penyampai dalam program tersebut. Program ini merupakan inisiatif Kluster Kepimpinan dalam menyampaikan informasi dan maklumat berkaitan penganjuran Program Dialog Kepimpinan, program-program lain anjuran Kluster Kepimpinan khususnya dan program-program anjuran i-LEAD khasnya. Program ini terbuka kepada semua kumpulan sasar.

Program ini diadakan rentetan penganjuran Dialog Kepimpinan bermula tahun 2020 dan diteruskan sehingga tahun ini yang telah menampilkan ramai tokoh-tokoh ilmuan juga selebriti sebagai panel jemputan. Tajuk-tajuk pilihan dialog juga lebih memfokuskan kepada aspek kepimpinan. Selain itu, program ini merupakan platform kepada pihak Kluster Kepimpinan untuk menjawab persoalan yang sering ditanyakan berkaitan penganjuran program Dialog Kepimpinan.

Program diteruskan juga dengan perkongsian maklumat secara ringkas berkenaan penganjuran program-program lain daripada Kluster Kepimpinan seperti program MFLS Tier 2, MFLS Tier 3, MyLEAP dan ProEM. Semua program ini mensasarkan kumpulan belia bermula dari belia awal, belia pertengahan dan belia akhir.
Seramai 1.8K jumlah tontonan semasa program berlangsung yang terdiri daripada pelbagai agensi, kementerian, IPTA/IPTS dan juga orang awam, dan seramai 130 orang telah membuat perkongsian(share) program sepanjang program berlangsung.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-03-13