Putrajaya, 1 Mac 2021 – Pada 1Mac 2021 telah berlangsung Dialog Kerjaya: Keterampilan Hebat, Kerjaya Cemerlang di platform Facebook Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) 2020 pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Topik yang dibincangkan adalah berkaitan kaedah membentuk keterampilan diri yang hebat bagi peningkatan kecemerlangan kerjaya belia.

Isi kandungan yang penting tentang kepentingan membentuk penampilan diri, keyakinan dalam berhadapan dengan orang ramai, tips khususnya untuk belia dalam menyediakan keterampilan diri sebelum memasuki alam pekerjaan telah dikongsi oleh panel jemputan.

Pada akhir bual bicara ini, para peserta memanfaatkan pengetahuan dan tips yang dikongsi oleh panel jemputa untuk membuat persediaan rapi dalam memastikan mereka bersedia dari segi keterampilan diri sebelum bekerja.

Seramai 3,400 tontonan oleh warga alam maya facebook i-LEAD yang dicatatkan adalah terdiri daripada warga i-LEAD, rakan-rakan agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), belia dan orang awam telah terlibat dan menjayakan dialog ini daripada awal sehingga ke penghujung program.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan

Kemaskini Laman Ini : 2023-06-01