MELAKA, 10 Januari 2021 – Pada 08 hingga 10 Januari 2021 telah berlangsung Kursus Khas Pentadbiran dan Kepimpinan Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) bagi negeri Melaka. Kursus ini berlangsung selama 3 hari melibatkan peserta-peserta Alumni MFLS.

Kursus ini dilaksanakan dengan kerjasama Bidang Tadbir Urus Pertubuhan, Kluster Kepimpinan i-LEAD, KBS, Kem Wawasan Negara Alor Gajah, Melaka, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pejabat Pertubuhan Belia (ROY), KBS.

Penekanan diberikan berkaitan pengurusan organisasi, menyediakan kertas kerja, pengurusan kewangan dan membina hubungan dengan agensi-agensi lain serta mengurus kaedah pencarian dana peruntukan bagi pelaksanaan sesuatu program.

Seramai 15 orang peserta, terdiri daripada ahli jawatankuasa Angkata Belia MFLS (ABM) Negeri Melaka dan juga Ahli-ahli ABM telah menghadiri kursus tersebut.



User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan