PUTRAJAYA, 6 Januari 2021 –Program Dialog Kepimpinan secara dalam talian bertajuk ‘Kepimpinan Sejahtera Dalam Pasca Pandemik’ telah dilaksanakan pada 6 Januari 2021 pada jam 3.00 petang menerusi platform Facebook Live : @ileadkbsmsia.

Program yang membuka tirai tahun 2021 telah membawa seorang tokoh pendidikan iaitu YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak iaitu Rektor Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bagi berkongsi maklumat berkaitan Kepimpinan Sejahtera Pasca Pandemik.

Dialog Kepimpinan Secara Dalam Talian dilaksanakan selaras dengan perubahan keadaan semasa di mana program ini telah dirangka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan Covid 19. Ramai tokoh-tokoh yang berkaliber daripada pelbagai bidang akan dijemput bagi membincangkan berkaitan isu-isu kepimpinan.



Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan