MERU, 12 Ogos 2020- i-LEAD menerusi Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti telah melaksanakan Kursus Pelan Tindakan Kecemasan bersama pihak NIOSH pada 12 hingga 14 Ogos 2020 bertempat di Kem Wawasan Negara Meru, Klang.

Program yang dikendalikan oleh 4 penceramah daripada NIOSH ini bertujuan untuk memberi garis panduan dalam mencegah kecemasan atau bencana. Hal ini kerana kecemasan dan bencana adalah kejadian yang tidak dirancang yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sesuatu insiden kecemasan atau bencana akan merugikan syarikat dari segi harta benda, wang, masa, pekerja dan lain-lain. Sehubungan itu, adalah penting untuk sesebuah organisasi memastikan perancangan rapi dilakukan untuk menangani sesuatu kecemasan/bencana.

Seramai 47 orang peserta yang terdiri dari Ketua Kem, pegawai dan jurulatih dari kesemua Kem Wawasan Negara seluruh Malaysia telah hadir bagi mengikuti program tersebut. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kecemerlangan i-LEAD.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan