Berita Terkini
- upkp
- Berita Terkini


MERU, 10 Ogos 2020- Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti i-LEAD telah melaksanakan Kursus Pelaporan dan Penyiasatan Insiden bersama pihak Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) pada 10 hingga 12 Ogos 2020 bertempat di Kem Wawasan Negara Meru, Klang.
Kursus ini bertujuan untuk memberi garis panduan mencegah kemalangan atau kejadian berbahaya yang seringkali berlaku di tempat kerja. Hal ini selalu berpunca daripada perbuatan manusia serta persekitaran yang tidak selamat. Sekiranya sesuatu kemalangan berlaku di tempat kerja, ia perlu dilaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab selaras dengan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004, seterusnya penyiasatan perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar berlakunya kemalangan dan mengambil tindakan pembetulan serta pencegahan supaya kejadian yang sama tidak berulang.
Seramai 47 orang peserta terdiri daripada Ketua Kem, pegawai dan jurulatih dari Kem Wawasan Negara di seluruh Malaysia telah hadir. Kursus ini telah dikendalikan oleh 5 orang penceramah jemputan dari NIOSH dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Khalid bin Mohamad Yusof, Pengarah Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti, i-LEAD.