TANJUNG MALIM,10 Ogos 2020- Bahagian Pengurusan, i-LEAD telah mengadakan Bengkel Migrasi Data Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri melibatkan semua Bahagian, Kluster dan Kem Wawasan Negara seluruh Malaysia pada 10 hingga 12 Ogos 2020 bertempat di Scholar’s Suite Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak. Puan Noor Faizah binti Razali dari Unit Pengurusan Aset, Bahagian Pengurusan i-LEAD bertindak sebagai penyelaras program.

Program yang dilaksanakan secara mix mode ini melibatkan kehadiran seramai 36 orang peserta bersemuka dan 12 orang peserta secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom. Bengkel ini diadakan lanjutan daripada penjenamaan dan penstrukturan semula Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri kepada Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) Kementerian Belia dan Sukan(KBS).

Objektif utama bengkel ini adalah bertujuan mengemaskini dan menyelaras data-data aset alih Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri kepada i-LEAD dan menaik taraf Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) versi 2.0.2 i- sedia ada kepada versi terkini iaitu SPPA 3.0.

Penceramah jemputan dari Kementerian Kewangan Malaysia, Encik Zaipul Anizam bin Ramli telah menyampaikan modul berkaitan aset kepada keseluruhan peserta sepanjang bengkel berlangsung. Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Afendi bin Ya@Zakaria selaku Pengarah Bahagian Pengurusan i-LEAD.



Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Hak Cipta Terpelihara © 2019 | Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan | i-LEAD
Dibangunkan oleh Unit Pengurusan Korporat Dan Portal, Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia Dan Sukan