PUTRAJAYA,10 Ogos 2020 - Satu sesi pertemuan di antara pihak i-LEAD dan pihak Razak School of Government (RSOG) telah dilaksanakan bertujuan untuk berkongsi pandangan di samping membincangkan ruang kolaborasi dan jalinan kepintaran dalam pelaksanaan program kepimpinan.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh CEO RSOG iaitu YBrs. Encik Azman Hisham Che Doi manakala pihak i-LEAD dihadiri oleh YBrs Encik Abdullah Hasan, Ketua Pengarah i-LEAD, YBrs Dr. Hj Hanafi Harun Pengarah Kluster Kepimpinan serta pegawai-pegawai kanan daripada Kluster Kepimpinan i-LEAD.

Perbincangan menjurus kepada isu kepimpinan belia serta ruang kolaborasi yang boleh dijalinkan dalam penganjuran program berbentuk forum dan konvensyen kepimpinan muda yang berfokuskan sasaran belia akhir sebagai platform pemimpin masa hadapan negara.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive